Posts

 Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada suatu cara hidup yang baru bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia. Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat (s.a.w), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang singkat sahaja, kuasa besar Rom dan Parsi yang duhulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia ...